Read And Writing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami wujudkan laman read and writing ini adalah berdasarkan kepada hobi saya yang sukakan maklumat dan penulisan. Banyak idea-idea menarik daripada laman ini yang akan kami kongsikan kepada anda semua berkenaan dengan pelbagai topik. Antara topik yang bakal kami berikan sentuhan adalah berkenaan dengan topik kekeluargaan, teknologi, komputer dan juga smartphone.

Boleh baca berkenaan dengan about me di sini

Memang sekarang ini, ramai yang menggunakan platform blog untuk mencerikan tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Walaupun sudah ada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain, tetapi, laman ini tetap menjadi pilihan saya iaitu menerusi aktiviti blogging.

Blogging lebih menarik kerana artikel yang anda tulis masih lagi ada yang akan cari jika anda mengoptimasi artikel anda pada carian google. Walaupun anda sudah lama menulis artikel tersebut, tetapi, ramai yang boleh mendapat manfaat daripada artikel tersebut dan sememangnya anda pun tidak terhad untuk berkongsi pelbagai informasi untuk berjaya dan sukses.

Satu lagi, kami wujudkan laman ini untuk menggalakkan minat membaca dan menulis dikalangan orang Malaysia. Anda juga boleh hantar artikel yang anda rasakan menarik kepada kami. Jika terpilih, kami akan siarkan artikel anda di laman ini untuk bacaan umum.

Harap, apa yang kami lakukan ini akan sedikit sebanyak memberikan lebih banyak input kepada anda dan juga memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Apapun, cuba sehabis baik untuk sukses dalam semua bidang yang anda ceburi.

Continue Reading